Wednesday, 25 November 2015

SELAMAT DATANG KE BESUT TERENGGANU


PEMANDANGAN SEKITAR KUALA BESUT PADANG WAKTU MALAM


PENGENALAN


 Besut adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Besut terletak  kira-kira 103 km dari bandar Kuala  Terengganu iaitu ibu negeri bagi negeri "Sang Penyu".  Nama Besut dijadikan sebagai nama daerah kerana suatu ketika dulu Besut merupakan nama seorang Tok Batin yang gagah berani. Oleh itu, nama beliau dipilih penduduk tempatan sebagai nama daerah disini. Daerah ini adalah antara daerah yang terkenal di negeri  ini kerana sifat semula jadinya  yang serba strategik disamping warga penduduknya mesra-mesra dan baik-baik belaka. 

 Di daerah Besut, mukim yang paling dominan ialah mukim Kuala Besut. Kuala Besut amat terkenal dengan perikanan. Hal ini dikatakan kebanyakan penduduk di kawasan Kuala Besut bekerja sebagai nelayan sepenuh masa. Segala hasil laut boleh di dapati disini lah. Ikan paus masak kicap tu tak ada lah.

















KOMPLEKS LKIM BESUT

 Tidak dinafikan bahawa Besut merupakan produk pelancongan yang penting buat negeri  Terengganu dan  Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana daerah ini memiliki tempat-tempat percutian yang hampir merangkumi semua tempat pelancongan dari keindahan pantai dan pulaunya, panorama hutan dan sebagainya. Besut memang  menerima pelancong hampir sepanjang tahun kerana keindahan panorama dan  samuderanya yang mampu membuat anda terpesona apabila berkunjung  kesini, ianya  turut diperakui oleh pelancong luar dan dalam negara yang pernah melawat daerah ini dan  menyatakan rasa berbaloi dengan apa yang mereka perolehi walaupun mereka terpaksa  melabur sedikit masa dan wang.

 Mengikut mitos orang dulu-dulu, Besut merupakan salah satu daerah dari negeri Kelantan.  Tetapi, daerah ini berjaya menjadi milik jajahan negeri Terengganu kerana kekalahan raja negeri  Kelantan dalam pelawanan sabung ayam. Tidak hairanlah mengapa penduduk Besut lebih  mahir bertutur dalam loghat kelantan berbanding bahasa asal negeri Terengganu yang  menekankan huruf konsonan "ng" pada akhir perkataan berbanding huruf vokal "e" pepet  pada akhir perkataan loghat Kelantan. Tambahan pula, bagi mengukuhkan lagi mitos ini, di  sempandan negeri Terengganu-Kelantan terdapat sebuah kampung yang dinamakan  sebagai "Pachakan" yang bermaksud "pacak dan tikam" atau dalam bahasa baku  bermaksud pilih dan pertaruh.

Oleh kerana kemahsyurannya dalam aspek kamajuan pelancongan samudera, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan bagi mengubah suai struktur permukaan muara sungai. Projek ini bakal memperkasakan lagi aktiviti pelancongan di daerah ini. 


PELAN PEMBANGUNAN MUARA SUNGAI DI KUALA BESUT






APA YANG MENARIK SANGAT KAT BESUT NII????



KEINDAHAN PANTAINYA



 PEMANDANGAN SEKITAR PANTAI AIR TAWAR DI KAWASAN KUALA BESUT



PEMADANGAN DARI KAWASAN BATU PEMECAH OMBAK KE ARAH JETI KUALA BESUT


   Ombak dan pantai dikatakan tidak boleh dipisahkan, seperti jua dengan Besut yang tidak boleh  dengan keindahan persisir pantainya yang cantik dan sesuai untuk menenangkan fikiran yang kusut  selepas menjalani kehidupan bandar yang serba mencabar.

  Pasti anda pernah menyaksikan filem Hikayat Merong Mahawangsa kan?? Haaaa, ini lah tempat  pergambarannya pantai Air Tawar. Jika Yusri KRU sendiri pun sudah jatuh hati dengan keindahnya  apalagi anda. Disamping itu, di Besut sekali lagi menjadi kebanggaan warganya kerana filem anak  tempat yang memegang rekod tayangan tahun ini (2015) iaitu POLIS EVO turut dirakamkan di  daerah Besut iaitu di sekitar kawasan Pantai Bukit Keluang.




SEKITAR LOKASI PERGAMBARAN FILEM POLIS EVO


 KEINDAHAN PULAU PERHENTIAN



PEKAN KUALA BESUT KE PULAU PERHENTIAN


Pekan Kuala Besut merupakan jalan utama untuk ke Pulau Perhentian. Jarak antara Jeti Kuala Besut  ke Pulau Perhentian lebih kurang 20 batu nautika yang mengambil masa 25-30 minit menaiki bot laju.  Pulau Perhentian memiliki dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.
 Di kedua-dua buah pulau tersebut mempunyai 6 kawasan percutian yang terkenal iaitu Kampung,  Coral Bay, Long Beach, Taman Laut dan Arwana yang memiliki keistimewaan berbeza. Apa yang  berbeza? Haaaaaa, anda kena pergi sendiri baru anda tahu. Kang ada yang tak mahu balik pula.




SEKITAR LONG BEACH

 Kawasan Long Beach merupakan tempat yang paling ramai dituju oleh para pelancong asing  mahupun tempatan kerana struktur pantainya yang menarik. Kita boleh berjalan dalam air dalam  kedalaman paras dada sejauh 100 meter dari tebing pantai. Kejadian ini terbentuk kerana  kedudukannya yang terlindung dari lautan oleh Pulau Besar.

 Disamping itu, pada waktu malam Long Beach akan memainkan muzik rancak dari pukul 10 malam hingga 2 pagi. Aktiviti ini membantu untuk menghilangkan stress pengungjung. Mereka yang hadir bakal makan malam di tepian pantai di temani derusan bunyi laut dan pertunjukan pemuda tempatan bermain api.


  

 Setelah penat berhibur semalaman, keesokan harinya pengujung bolehlah mencubat  aktiviti snorkling. Di Pulau Perhentian mereka menawarkan 18 pot yang terkenal dan  menarik untuk menjalankan aktiviti snorkling iaitu Coral View, Taman Laut, Shark Point,Turtle Point, Romantic Beach, Tanjung Besi dan sebagainya. Di turtle point, anda berkemungkinan besar akan berenang bersama  penyu, boleh tengok live depan-depan tau. Begitu juga di Shark Point. Anda tidak perlu  risau dengan ancaman gigitan jerung kerana jerung di tempat tersebut sudah jinak dengan  manusia kerana kebiasaannya para pemandu bot snorkling akan menangkap anak-anak  ikan untuk pengunjung sendiri memberi makan kepada jerung-jerung tersebut.






 Selain itu, aktivti skuba diving turut ditawarkan. Namun, aktiviti ini memerlukan masa yang agak panjang untuk menjalankannya kerana ia perlu melepasi aktiviti tuturial mengunakan alat dengan betul terlebih dahulu.




 Pada akhir aktiviti ini, tidak lengkap jika ke Pulau Perhentian, tidak ke Lata Air Berani. Agak pelikkan namanya? Ya, tempat ini merupakan salah satu keajaiban yang ada di Pulau Perhentian iaitu kejadian air tawar ditengah-tengah lautan. Dari sekian lama, para nelayan akan singgah disini bagi mengambil sumber air tawar dan untuk mandi kerana airnya yang seakan-akan ais sejuknya. Wujud mitos mengatakan tempat ini pada suatu masa dahulu amat berpuaka sehinggakan seekor anak udang pun tidak boleh dibunuh, ianya hanya untuk tempat berehat. Sesiapa yang mengalami mabuk laut ketika snorkling akan hilang rasa pening apabila mencuci muka dan berkumur air yang turun dari kaki bukit.











TAMAT SUDAH AKTIVITI DI PULAU
 


 AKTIVITI DI TANAH BESAR MENANTI


 PANTAI BUKIT KELUANG
 

 Bukit Keluang merupakan sebuah bukit yang berada di timur daerah Besut. Bukit Keluang  merupakan daya tarikan yang menarik di sini. Hal ini dikatakan demikian kerana disamping  adanya sebuah pantai yang cantik dihiasi lagi dengan kehadiran bukit yang berada betul-  betul berhadapan dengan laut. Keadaan orentasi pantai yang menarik dan pelbagai aktiviti  yang dijalankan sini menggalakan lagi kehadiran pelancong kemari.










Pelabagai aktiviti santai dan riadah yang boleh dijalakan disini antaranya, mendaki bukit, menaiki banana boat, memancing, berjoging, futsal pantai dan sebagainya. Bukit Keluang amat sesuai bagi yang berminat untuk memulakan aktiviti mendaki bukit kerana aras ketinggiannya adalah sederhana dan tidak mempunyai curam yang bahaya.




















PEMANDANGAN DI PUNCAK BUKIT KELUANG




 MENGEMBARA KE HUTAN BELANTARA


 Di hulu Besut terdapat sebuah gunung terkenal dalam bidang pendakian profesional iaitu Gunung Tebu. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki).
Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, pendaki-pendaki akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu.
Mendaki Gunung Tebu melalui trek yang sepanjang hampir 10 kilometer ini memakan masa selama 4 hingga 5 jam bagi pendaki yang sudah berpengalaman. Bagi pendaki-pendaki yang kurang berpengalaman, pendakian ke puncak mungkin akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama menyebabkan para pendaki kebiasaannya berkhemah di puncak gunung tersebut.
Mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Pejabat Hutan Negeri Terengganu dan melaporkan diri di balai polis terdekat sebelum memulakan pendakian.










LATA TEMBAKAH


  Dibawah puncak gunung terdapat sebuah kawasan air terjun yang indah iaitu Air Terjun Lata Tembakah.



  







  KOLAM AIR PANAS HULU LA


  Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.
Pusat rekreasi ini sebenarnya sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Pengunjung berpeluang melihat air hangat yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan.
Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" atau belerang dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius. Ianya berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Di sini juga terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos).
Selain itu, air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa bagi memudahkan orang ramai untuk menikmati kehangatan air hangat buatan ini secara persendirian. Di sini, pengunjung yang datang tidak pernah berkurang kerana setiap masa dikunjungi. Tarikan utama adalah air hangat semulajadi yang menjadi kepercayaan masyarakat yang dapat menyembuhkan penyakit selain mendapatkan kesegaran tubuh badan.
La Hot Spring juga menyediakan banyak kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas awam, restoran dan lain-lain lagi.





































SELESAI SUDAH MENJELAJAH KAWASAN HUTAN 
BELANTARA



 PEKAN KUALA BESUT 


  Pekan Kuala Besut adalah sebuah pekan kecil yang berdhampiran dengan Jeti Kuala  Besut. Segala kemudahan pelancong dan penduduk tempatan telah terbina seperti masjid, kedai-kedai, stesen bas dan teksi, klinik, parking kereta dan sebagainya.







PASAR TANI KUALA BESUT

 Pada hari jumaat di pekan Kuala Besut amat terkenal dengan pasar minggunya. Kerana ia telah diiktiraf antara pasar tani yang terbesar di Malaysia. Banyak input-input menarik yang dapat kita temui disini baik dari segi barang basah, makanan tradisional, buah-buah, pakaian dan banyak lagi, bak kata orang Besut "ado serbo makniko bohh".















LAMPIRAN






DAH HABIS DAA..

KESIMPULAN


Daerah Besut amat sesuai dijadikan tujuan pelancongan. Disamping perbelanjaan yang agak rendah kepelbagaian bentuk muka buminya adalah punca utama anda memilihnya sebagai destinasi pelancongan tahunan anda. Tambahan pula, kemakmuran dan rasa hormat yang tinggi penduduk setempat terhadap pelancong masih wujud di Besut. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dijalankan di Besut yang tidak terdaya penulis nyatakan. Segala kekurangan dan khilaf harap dimaafkan, saya budak baru belajar. Akhir kata dari saya, lawatilah Besut! Anda pasti bakal teruja menikmati keindahan alam semula jadi yang asli.  

wasalam